Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ENGLISH   |   MALAY

Skip Navigation LinksDirector's Message

 

"SEMOGA MELAYARI LAMAN WEB JPD MEMUDAHCARA BISKITA"

 

"Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan adalah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawalselia dan memperkembangkan hal ehwal pengangkutan darat.  Visi JPD selaras dengan visi Kementerian Perhubungan ialah untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan dan pengangkutan yang selamat, cekap, mudah dan memuaskan untuk mempertingkatkan daya saing negara dan meningkatkan kualiti hidup ke arah rangkaian pengangkutan darat yang cekap, berkesan, selamat dan bersepadu.

 

Untuk mencapai visi ini, JPD menggariskan misinya iaitu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan yang mudah, tepat, selamat dan memuaskan untuk mobiliti penumpang dan barangan dalam negeri dan serantau, dan meningkatkan kualiti hidup dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.

 

Melalui lamanweb ini, JPD berharap abiskita akan dapat mengetahui dan memahami fungsi dan tanggungjawab jabatan serta menggunakan sepenuhnya sebagai ruang rujukan biskita dalam usaha JPD memudahcara urusan biskita dan perkembangan industri pengangkutan darat.


Lamanweb JPD ini baru sahaja dikemaskini dan setentunya memang ada kekurangan dalam isi kandungannya. Biskita dipersilakan utk mengajukan sebarang pertanyaan, komen atau buah fikiran untuk pembaikan kepada jabatan ini melalui emil: info_ltd@land-transport.gov.bn



Sekian dan Wassalam.



JPD: MEMUDAHCARA...HORMAT...TELUS...