Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ENGLISH   |   MALAY

Skip Navigation LinksTender Notice

TAWARAN SEBUTHARGA

BILANGAN SEBUT HARGA: 05/JPD/JKSH/2014-2015
TAJUK SEBUT HARGA: TAWARAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, CAWANGAN DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat serta pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2. Borang sebut harga dan keterangan spesifikasi bolehlah diperolehi di Penyambut Tetamu, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong semasa waktu pejabat iaitu 8.00 pagi - 11.30 pagi dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.

3. Setiap borang sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan perkara yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut harga dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapat tanpa menunjukkan identiti pemborong serta menyatakan Bilangan dan Tajuk Sebut harga dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga dialamat:

Pengerusi
Jawatan Kuasa Sebut Harga
Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Darat
Tingkat 4, Jalan Beribi Gadong, BE1110
Brunei Darussalam

4. Tarikh tutup menghadapkan sebut harga berkenaan pada hari Khamis, 17 Julai 2014, jam 2.00 petang. Sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah ataupun apa-apa jua bentuk tawaran.